Usia perkahwinan sudah lebih 30 tahun, sudah mempunyai tiga orang cucu. Namun si isteri meluahkan rasa hatinya: “Saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, sama ada meminta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu.
Ungkapan itu berbunyi: ‘Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar, namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”’
“Mengapa pula?” tanya si isteri. “Jika puan boleh bersabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting, cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan berada dijalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. “
“Saudara cakap senang, tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?” Saya tersenyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua.
Sebenarnya pemikiran yang betul ialah syarat untuk kita bersikap positif. “Right mental attitude” sangat penting dalam
melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Sikap ini perlu untuk tenang dan bahagia dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah “what happens in you”bukan “what happens to you.”
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif.
Fokus Tanggungjawab Bukan Menuntut Hak
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakan manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata: “Aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup, kita akan alami pelbagai situasi iaitu ada masanya susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan daripadapasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan menghamp bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokuskan pada tanggungjawab.
Sebagai suami atau isteri, kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggungjawab. Tunaikan hak pasangan kita
itu Iebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bgrerti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan. Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geram akan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Padahal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang boleh dilakukan untuk melaksanakan tangggungjawab.
Sebaliknya rasa-rasa yang negatif akan ‘menyedut” tenaga, keceriaan dan akan nenyebabkan kedutan pada wajah kita.
Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh
ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup, kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap sukar memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggungjawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan.
Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggungjawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka sepertimana ketenangan yang dirasai oleh Asiyah; isteri kepada Firaun.
Sering Berdamping dengan Orang yang Positif
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama-sama. Rasulullah s.a.w. menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhafi-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhi “toxic people” yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah terjumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja, dia mengeluh tentang badannya yang sakit, sering ditipu, dilayan dengan buruk sampailah kepada rumahnya yang sempit dan macam-macam lagi. Apa yang anda dapat daripada orang begini?
Oleh sebab itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah orang yang tidak “melahirkan” sesuatu yang baik dan positif daripada diri kita, mengapakah tidak kita buat sedikit penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh agar tidak “dijangkiti” oleh sikapnegatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan sesuatu yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun dia kelihatan baik dengan kita! Ibarat pepatah Melayu; sokong yang membawa rebah.
Jadilah Sekarang Masa Paling Gembira
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “Sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula- mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata: “Apabila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah “mernbunuh” potensi hari ini.
Ya, memang masa kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu
telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini, bukan pada masa lalu. Jadi, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w., jika kamu berada pada waktu pagi, jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanyadan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah “resipi” yang menghasilkannya dahulu dan dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!
Cari Jalan untuk Mengatasi Stres
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh sebab itu, para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik adalah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, bejoging atau bersukan.
Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita melalui aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari’ atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi, kita akan melalui tempoh “pause”atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah s.a.w. berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan sebagai eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.
Jangan Terlalu Serius
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Aisyah pernah meletakkan dagunya pada bahu Rasulullah s.a.w. untuk melihat tarian orang Habshah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w. lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkana yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. InsyaAllah, dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria akan menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga, seterusnya membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau “sindrom bisu” mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. InsyaAllah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya. Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!