BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dinikmati bersama secara
adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak ;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sans dan teknologi moden;
MAKA KAMI,rakyat malaysia ,berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
SEKIAN TERIMA KASIH.
