CARA NAK BANGUN AWAL

1.Awalkan Waktu Tidur: Nak bangun awal, wajib tidur awal. Cukupkan masa tidur (7–8 jam).

2.Kira Kitaran Tidur (Sleep Cycle): Tidur ikut gandaan 90 minit (contoh: tidur jam 11:00 malam untuk bangun jam 5:00 pagi / 6.00 pagi).

3.Niat & Minda Sebelum Tidur: Setkan dalam fikiran waktu spesifik anda nak bangun sebelum lelap.

4.Guna Penggera Bunyi Nyaring / Bergetar: Tetapkan alarm pada waktu yang tepat, bukan berderet-deret.

5.Kunci Suasana Bilik Tidur: Pastikan bilik gelap, sejuk, dan senyap supaya dapat tidur lena (deep sleep) dengan cepat.

6.Elak Tidur Petang Terlalu Lama: Power nap cukup 15–20 minit sahaja sebelum jam 3 petang

7.Jumpa Kawan / Buat Janji Pagi: Buat komitmen awal pagi (contoh: janji nak joging/sarapan pukul 7 pagi) supaya ada rasa tanggungjawab untuk bangun.

8.Set Had Kafein: Jangan minum kopi/teh selepas pukul 4 petang supaya tidak insomnia di malam hari.

9.Ganti Scrolling Telefon dengan Membaca: Membaca buku fizikal waktu malam buat mata cepat letih berbanding tengok skrin.

10.Tukar Rutin Secara Bertahap: Jika biasa bangun jam 8:00 pagi, anjakkan alarm 15 minit lebih awal setiap 3 hari (7:45 – 7:30 -7:15) sehingga capai sasaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top